with ALLAH love

...MUSLIMAH...

Cinta Allah tidak mengecewakan..
Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan dalam hati,perasaan dan kehidupan..Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya..Bersihkan jiwamu dengan amalan-amalan sunat dan zikrullah dan rasailah rahsia di sebalik CINTA-NYA..

Thursday, January 14, 2010

bilik darjahku..

Salam ukhwah dan salam sejahtera..

Hari ni aku diberi cadangan untuk mereka bilik darjahku pada masa hadapan..hmmm... insyaAllah

(Fantasi masa depan)bilik darjahku suatu hari nanti..mesti mempunyai saiz bilik yang besar dan muat untuk aku menempatkan para pelajarku yang comel-comel belaka..mereka bebas bergerak dan tidak akan merasa tertekan belajar dengan ku..aku harap ini dapat menjadi rumah kedua mereka yang boleh membuatkan mereka merasa gembira dan dapat mengembangkan potensi dan bakat semula jadi dengan baik hasil kreativiti ku..hehehe
insyaAllah..

Pengalaman kanak-kanak perlu digabungkan dengan melakukan pelbagai aktiviti yang terancang dan merangkumi aspek-aspek kognitif,afektif dan psikomotor.Maka untuk menghasilkan program yang berkesan aku sebagai pendidik perlu merancang sehgala aktiviti dengan baik.

Aspek kebersihan tandas amat penting dan aku akan pastikan pelajarku mematuhi arahan agar kebersihan tandas sekolahku terpelihara..bukan kah kebersihan tandas mencerminkan kebersihan sekolah kite????
Tandas perlulah sesuai dengan ketinggian kana-kanak,ia juga perlu berasingan di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan.Lantainya tidak licin,sentiasa bersih dan perlu dilengkapkan dengan sink dan cermin.Kegunaan sink selain daripada untuk mencuci tangan ia bertujuan untuk mengajar kanak-kanak memberus gigi dan boleh melihat kebersihan gigi dan sebagainya melalui cermin.

Bilik sakit juga perlu disediakan dan perlu dilengkapkan dengan katil dan kotak pertolongan cemas.

Dapur juga perlu disediakan dan dapur mestilah terpisah dari sudut aktiviti.Bilik ini pula perlu dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi dan sentiasa bersih.Bilik ini juga mesti dilengkapkan dengan pintu yang mudah dibuka.

Sekolah ku nanti mestilah berpagar, mempunyai dua pintu,pintu-pintu ini pula hendaklah mudah dibuka(elakkan gril),parit dan lubang hendaklah ditutup,semak dan rumput dibersihkan ,alat-alat permainan hendaklah diperiksa selalu supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak.Alat pemadam api juga perlu disediakan dan suis elektrik hendaklah terjamin selamat bagi kanak-kanak.

Stor juga perlu untuk menyimpan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan permainan.Stor penting untuk memastikan keadaan barang-barang terselamat dan tidak berselarak.Bukan itu sahaja keselamatan kanak-kanak juga terselamat..

Di persekitaran luar bilik darjah perlulah dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang besar dan yang kecil.Selain itu,taman permainan untuk kanak-kanak bermain ketika waktu bermain turut disediakan,peralatan yang tetap dan yang boleh diubah untuk memperkembangkan fizikal kanak-kanak.Kawasan persekitaran permainan itu juga perlulah selamat dan begitu juga alatan permainan yang sesuai dengan kanak-kanak.Aktiviti bermain pasir dan tanah liat serta air turut disediakan.

Seterusnya ruang yang terdapat di dalam bilik darjah perlu mencukupi untuk memuatkan para pelajarku dan perabot untuk menyimpan alatan yang diperlukan.Kegiatan membaca,mendengar,bercerita dan menulis perlulah di sudut ruang-senyap kering.Di ruang aktif-kering pula,kegiatan yang berkaitan dengan motor kasar perlu disediakan.Manakala di ruang senyap-basah pula kegiatan yang memerlukan kepada air seperti lukisan,permainan tanah liat dan sebagainya boleh dilakukan.
Bagi ruang aktif-basah pula digunakan untuk aktiviti permainan pasir dan air.

Di ruang lukisan pula,kerusi dan meja perlu dilengkapkan dengan sink atau paip agar dapat memudahkan pelajar melakukan gerak kerja.Ruang untuk mendengar perlu dilengkapkan dengan plag elektrik untuk radio atau pita kaset,televisyen dan lain-lain.Bagi ruang untuk sains juga perlu disediakan untuk kanak-kanak.Ruang ini perlu berhampiran dengan tingkap untuk membolehkan cahaya matahari masuk supaya benih-benih bunga,benih sayur-sayuran mendapat cahaya matahari.Di ruang ini juga akan diletakkan meja untuk contoh-contoh tanaman atau biji-biji benih yang dibawa oleh kanak-kanak.

Seterusnya ruang bacaan yang perlu dilengkapkan dengan rak-rak terbuka.Tinggi rak itu hendaklah kurang daripada ketinggian kanak-kanak supaya kanak-kanak dapat bersosial atau berinteraksi dengan baik.

Sudut keluarga,sudut permainan bongkah dan sebagainya juga akan turut disediakan..
Moga usaha ku berbaloi untuk melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dan baik akhlaknya...amin...


Friday, January 8, 2010

kuliahku

Hari ini merupakan kelas pertama untuk kursus teknologi pengajaran..Minggu pertama telah miss kerana menyambut tahun baru iaitu 1 Januari 2010..Hmmm..bila jumpa pensyarah hari ini terasa semangat yang berkobar-kobar kini menjelma untuk mendalami bidang ini..Walaupun kurang pengetahuan mengenai penggunaan komputer namun hal ini tidak menjadi masalah untuk saya terus maju ke hadapan dengan adanya bantuan beliau..

Semoga kuliah selama 14 minggu ini berjalan dengan lancar..good luck