with ALLAH love

...MUSLIMAH...

Cinta Allah tidak mengecewakan..
Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan dalam hati,perasaan dan kehidupan..Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya..Bersihkan jiwamu dengan amalan-amalan sunat dan zikrullah dan rasailah rahsia di sebalik CINTA-NYA..
There was an error in this gadget

Tuesday, April 27, 2010

hari ini.....

Hari ini kau bergelar pelajar..
Semua masa mudamu di habiskan untuk menelaah pelajaran..
Tidak seperti orang lain yang punya masa untuk bersuka-ria..

Kadang-kadang hati ini lelah..
Kadang-kadang timbul rasa resah dan malas..
Kadang-kadang terlintas di fikiran apa pengakhiran hidup ini..
Apakah ianya semanis impian yang ingin di gapai..
Apakah ianya seindah lakaran ucapan..
Tapi yang pasti..inilah aku..

Berkorban masa dan usia untuk mencapai bintang di langit tinggi..
Berkorban tenaga untuk melakar pelangi..

Namun ini semua bukan untuk diri ini..
Semua ini untuk bakal para pelajarku..
Akan ku cuba curahkan segala ilmu..
Akan ku lahirkan generasi yang cemerlang..
Akan ku lahirkan generasi yang terbilang..
Akan ku lahirkan generasi yang gemilang..

Menjunjung ilmu menabur bakti..
Falsafah orang berilmu..

Menabur bakti menjulang kejayaan..
Bukan untuk dibangga atau disebut-sebut..
Tapi untuk mewariskan amanah yang benar..

Duhai diri..bersabarlah..masa itu akan tiba jua..
Jadikan impian menjadi realiti..
Berusahalah menggapai niat murnimu itu..

Kelak kau akan bahagia dengan ragam mereka..
Kelak kau akan mensyukuri apa adanya..
Mereka amanah dan impian..

Moga kesabaranmu membawa kau kepada jalan memetik bintang itu..

No comments:

Post a Comment